Salam. Hey peeps. Ok, aku nak share yang aku punya interview diploma kejururawatan ummc hari tu.
Kitorang bertolak dari Klang dalam kul 1 petang. Pasai interview tu pukul 2. Hewhew. Abah, ma, akak aku and my brother in law yang hantar. Haha. Thanks to diorang lah sebab tolong hantarkan. Kalau tak memang esok pagi baru aku jumpa ppum punya buidings tuu. Dah la besar kot. Kitorang duk tercari wisma R&D tu tak jumpa2. Padahal kat depan tu je aih.
Dekat pukul 2 jugak lah kitorang baru jumpa tempat yang nak interview tu. Aku ingatkan aku je yang bawak family segala bagai, orang lain pun ada jugak. Tempat tu ramai family yang datang berbanding dengan orang yang nak di interview. Hehe. Tapi lega siaa.
Pastu aku sorang je masuk dalam bilik yang kena daftar. Berdebaq gila kot. Firstly, kena ukur berat and tinggi. Then akak dekat kaunter suruh ikut budak laki dua tiga orang ke bilik ukur tu ah. Aku ikut jela, time tu aku sorang je pompuan, pastu budak2 laki tu toleh, aku buat selamba je. Awkward kot haha. Pastu masuk dekat bilik tu, ukur ah berat and tinggi.
Then lepas keluar, nama aku and 4 orang lagi dipanggil, aku dapat yang bilik satu. Ok sila berdebar. haha. Mula-mula aku ingatkan kena interview individu, tapi dalam group rupanya. So takdelah nervous sangat. /Bajet cool sangat/ Muahaha aku sebenarnya dah terketaq-ketaq dalam bilik tu.
Interviewer dia dua orang je, sorang perempuan, sorang lelaki. Aku tak ingat jawatan diorang. muehehe aku ni dah la nervous, naseb dalam group lima orang tu, aku yang duduk hujung sekali. Sempatlah nak pikir jawapan dia, tapi tu ah, aku dah control kot nervous aku, tapi tak hilang2. haha. Actually interviewer dia sangat baik and peramah. So takyah la korang takut sangat. Hihi
So, aku bagi list soalan yang ditanya, mungkin dapat membantu korang yang nak di dinterview nanti kot. Actually soalan yang aku dapat senang kot, penat je duk hafal nama menteri2, baca buku bio. Haha. Tak tanya langsung.
Q : Bagi nama, umur dan berasal dari mana
(Sini korang kena jawab dengan confidence okay) xD
Q : Kenapa nak jadi nurse?
( Okay yang ni memang wajib kot prepare awal2. Kalau boleh panjang pun takpe, sebab masa dia kat sini agak lama terutama yang paling hujung) /Aku tak ingat banyak benda yang aku hafal, so agak disappointed jugak. ;/
Q : Apa yang significant pada 12 Mei? Siapa jururawat pertama?
( Haa yang ni kena ingat, korang pandai2 lah google pasal Hari Jururawat, siapa jururawat pertama. Prepare lah sikit, jangan main hentam je kalau soklan cenggini ye)
Q : Takut darah tak?
Jawab je tak. Kalau dah dapat nanti biasala tu kot dengan darah. Nama pun nurse sayang.
Q : Siapa pengarah, timbala pengarah ppum?
(Yang ni haruslah weh, kalau tak toksah pi interview. /gurau babe keke/ Rajin-rajin lah melawat websita ummc tu. Take note dear. )
Okay tu je kot. See? Tak payah pun. Cuma kena confident lah. Macam cliche an? But yes, you have to be confident. Seriously. Tapi aku bajet tak dapat kot. Sebab aku ketaq gila okay, aku rasa interviewer dua orang tu pun perasan yang aku nervous. Pasai tu aku warning awal2 dekat korang, jangan nervous sangat. Haha. Tapi aku dah control sikit lah. Tak nampak sangat kot.
Sebenarnya aku dapat matriks kat Kedah. Tarikh daftar 25hb, result PPUM ni, 26hb. Okay. Sehari je. -_- Terpaksalah aku pi matriks. Kalau tak pegi, and kalau tak dapat ppum, memang menyesal ahh. Tapi kalau ppum, aku pegi ppum kot. Burn lah 550 ringgit tu. Aihh tapi family aku cakap baik pi PPUM, dah tentu2 dapat kerja nanti. So, jadi orang Kedah lah nampaknya nanti. Muahaha. -..-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.